September 3, 2013

Resipi pizza

Salam..

Aku tahu,ada kawan2 yang dh bising2 sebab aku belum update belog utk resipi pizza yang dijanjikan..dari last week lagi.hurmm maaf ye, aku sibuk. WHAT?? ye sibuk,ingat housewife duk goyang kaki je ke...aku sibuk mereka perisa2 karipap yang bakal diniagakan..insyaAllah,kalau larat..hehe..xpe,yang penting aku kuasai dulu ilmu tu,cipta dulu seberapa byk perisa yang boleh.bukan karipap saja,byk juga menu yang au try setiap hari,xcaya? tgk kat instagram aku..bukan nak show off..really, i juz feel happy to share it..since aku pregnant ni mmg terlebih rajin memasak,sampai la satu hari husband aku cakap, 'dah yang, abg tak larat dah nak sumbat hari ni' hehe...ye la kalo aku masak, mst dia tukang habiskan..skrg pon dia berusaha berpuasa kdg2 utk turunkan berat yg makin menaik adala..ok la aku tanak bebel pepanjang, jom terusnke objektif utama..sebelum tu, nk btau resipi dough tu aku amik dari buku masakan,tapi aku modify2, setelah tgk video2,resepi2 yang lain utk menghasilkan the best pizza (yg aku jumpa setakat ni la)..pendek kata aku research dulu before buat,sebab instruction dlm buku resipi tu terlalu simple..ok2, jom tgk bahan-bahannye.

Bahan-bahan doh

15g dry yeast
1tsp sugar
100ml air suam
300g tepung gandum (agak2 je)
1tsp salt
1tbsp olive oil,plus extra for oiling

Bahan-bahan topping
350g canned chopped tomatoes (aku just guna fresh tomato 2 biji sederhana saiz, potong dadu)
2 ulas garlic
2tsp mixed herbs (yg ada basil, oregano dll)
1tsp olive oil
2tbsp tomato puree
Grated Parmesan cheese ( aku punya beli seketoi grate sendiri)
Salt,sugar and pepper
Minced beef/sausage (amount ikut la letak byk mana ikut kesukaan hati anda ye)
Button mushroom (dihiris nipis)

     Chopped tomatoes,mushroom,minced garlic,sausage..

    hurmm, baca la sendiri..

    Seketoi cheese yang dibeli dari M&S

Method for dough
1.Campurkan yis,air suam,gula...kacau perlahan hingga sebati dan biarkan dlm 10 min.
2.Dalam bekas lain, campurkan tepung dan garam..gaul dan buat hole kat tengah ye kawan2.Then, kat tengah tu kita masukkan olive oil dan air yis tadi (taruk air tu sikit2 tau).
3.Dengan tangan yang bersih lagi suci murni,mulakan langkah menggaul sampai la jadi doh yang tak melekat, kalau kurg tepung tu tambah la sendiri ye..sebab tu tadi aku cakap agak2, sebab kat rumah iols tade mesin timbang uols..(bajet terer sgt dah tu :p) 

    sebelum..

4.Setelah berpuas hati, biarkan dough dalam bekas dan tutup supaya xterhidrat.Tunggu sampai dough tu kembang,kalau pakai yeast active fast mcm aku,kejap je dlm 20 min dah montok gitu..
    selepas..

Sementara tu jgn buang masa,jom buat topping plak. Next!

Method for topping
1.Mula-mula aku setelkan hal daging dulu..iaitu minced beef yg dicuci bersih2, aku taruk atas kuali panas (without oil),tujuan utk keringkan airnya..then bila dah kering letak sikit minyak,goreng2 dan tambah sedikit mixed herbs (jgn over, sbb nnt mixed herbs tu kita letak jugak dlm sos topping) dan garam.. then tutup api.Jangan sampai garing tau, sebab nnt daging tu nk heat plak dlm oven,karang xpasal2 hangus daging korang..biar just nice gitu. If yang nak pakai sausage,xpayah masak dulu,just hiris nipis2, tabur je karang atas sos tu.
    minced beef yang dah dimasak..

2.Dalam kuali lain,panaskan olive oil,then Masukkan chopped tomatoes,mixed herbs,salt,sugar dan pepper dgn api yang sederhana.Bila chopped tomatoes tu dah xrupa tomato (transform jadi sos tomato), maksudnya dah masak la tu..proses masak lebih kurg 20 min. Make sure, tomato tu dh jadi mcm paste,i mean kandungan air mcm dah kering la..tutup lah api.
    mcm ni la rupanya chopped tomato yang dah dimasak..

3.Masukkan tomato puree dlm kuali tadi,dan gaulkan rata2.
   rupa after dicampoq dengan tomato puree..


Step penyediaan pizza sebelum dibakar
1.Preheat oven at 200 degrees celsius.
2.Uli2 balik dough tadi ( jgn risau bila uli dia akan kecut balik,that's normal), tumbuk2 mcm korg geram kat sesapa tu, pastu leperkan atas tangan, dan tarik pelan2 (konsepnya nak kasi semua permukaan kena udara).
    nah penumbuk mak buyong!

3.Then, oilkan bekas pizza korang. Dan masukkan dough,tepek2, tekan2, utk sekata dengan acuan korang.Anggaran ketebalan 5mm, jgn tebal sgt,sat lagi jadi roti plak..sebab nnt dia akan naik balik.

4.Ok ni part aku paling suka, spreadkan sos topping ke atas dough yang diratakan tadi dengan penuh kasih sayang..lepas tu,taburkan daging atau sausage dan mushroom..letak la banyak mana pon, tak da sapa nak marah,suka hati uols.Lastly,spreakan grated parmesan cheese.. yeay dah siap utk dibakar..
    beef pizza...before dibakar

   
   sausage pizza sebelum dibakar

Chop! blom lagi oit..tunggu sebentar kasi dough tu naik sikit,agak dlm 10-15 min..kendian bakar la utk20-25 min..
    jom makan hangat2, sementara cheese cair2 urghhh..sodapnye! (angkat bakul skit)

5.Apalagi,makan la! hehe

huhu, pestaim post resipi,penat tol..macam tulih tesis..sepenun perasaan aku tulis ni,sampai husband aku tegoq,telekung semayang pon tak sempat tanggal,aku ckp xleh,nnt feeling hilang..aku dah terangkan segala step dengan sedetailnya,harap jelas ye,maafkan bahasa aku bercampur baur..sebab dlm kepala otak aku mmg bhs cmni,.Selamat mencuba..





August 20, 2013

maaf

maaf berjuta2 maaf ku pinta kepada semua readers..i upload pakai ipad,nntah kenapa
format jadi cenggitu..baru lepas mengamuk ni,perlukan masa untuk bertenang,dan akan
cari solusi secepat mungkin!!

Macam macam

Assalamualaikum dan hai,,,

Sesungguhnya lama sungguh aku xberblog...sebenarnya ada 2 reasons, pertama tunggu 
feeling mari,kedua, aku try nk berblog tapi bila part upload gambar mmg fail, sbb ipad ni lain 
macam skit..trus aku tutup...buat benda lain.

Last month aku mengikuti husband ke germany, specificnya..Berlin. Kerana beliau kena 
present di suatu conference di Humboldt University. Waktunya tepat, iaitu time summer,
berlin in summer sgt cantik, subhanallah, alhamdulillah aku berpeluang melawat salah 
satu tempat yg indah di bumi Allah ni..mintak maaf aku xdapat nak upload gambar di sini, 
kwn2 boleh aje view foto2 cantik itu (pakej skali dgn foto modelnya yg cantik skali..keh3) di 
insta aku.. sebenarnya ada byk lagi foto,tapi itu je la yg aku sempat upload.. :)

       http://instagram.com/azurahcma

Komen aku tentang Berlin? Yup sgt positif...sgt cantik, cuaca time summer exactly 
macam m'sia,dan sebab cuaca panas begitu, pada bulan puasa (kerana europe, 
waktu siangnya panjang mcm uk,sesapa yg berpuasa tu memanglah dugaan 
besar, kesian husband smpi lembik dia...ye la,kitorg selama ni berpuasa kat 
cardiff even summer sini,cuaca still 16-18 degress..if nak travel kemana2, 
even jauh..jgn risau sebab public transport mereka sgt efficient.sebut saja 
U-bahn,S-bahn, trams,taxi...semua mudah didapati..dengan selang waktu yg 
sgt singkat..so dont worry..cumanya..hotel apartment yg kitorg menetap tu jauh 
dari kedai2 makanan halal, sepanjang 5 hari kami di 

berlin,aku hanya makan nasi sekali..sememangnya part tu buat aku 
sengsara sgt,sudahla bulan puasa (aku xpuasa pon), tapi kerana aku 
berbadan 2 aku asek lapar dan hanya mampu menyumbat telur rebus dan 
roti setiap kali lapar. Hah,selain tu ada satu benda yg fail,airport diorg 
iaitu Tegel Airport, sesungguhnya dah ghupe lcct je aku nengok.xcaya? pegi 
la sendiri tengok hehe..tapi katanya,the new airport still belum siap,mungkin 
yg tu memang sgt canggih la kot..ye la, semua org tahu,german ni terkenal 
dgn teknologi2 nya..tgk public transport superb,skali international airport..


Sehari selepas pulang ke Cardiff (iaitu juga sehari sebelum hari raya), aku ada first 
scan di hospital university iaitu minggu ke sebelas aku pregnant..Allah sahaja 
yang tahu betapa cuaknya sebab aku xpenah pegi checkup pon sebelum ni,dah 
la risau sebab masa kat berlin haritu aku banyak berjalan,sampai kan aku rasa 
perut aku tegang dan sedikit sakit...aku taktau apa yg berlaku kat dalam perut ni,
hanya bertawakkal dan berdoa semoga semua selamat.. tiba hari yang dinanti, 
appointment pukul 10.30am, aku dan husband pon pergi ke hospital..waaahh 
hospital dia sgt best,xmacam kelinik kesihatan yg buat aku bengang haritu...service 
dia mmg first class..bila tgh tunggu,ingat kan nama kuar kat screen ke apa..tiba2 
ada nurse datang jemput masuk bilik scan lagi, sgt friendly..lepas tu jmpa 
midwife..siap usher pegi buat test blood bagai... mmg besh..hah,cerita pasal first 
scan..mcm2 aku pikir..ye la,sebab aku sorg2 kat sini aku gugel mcm2 artikel 
berkaitan dgn pregnancy,forum2..banyak benda negatif yang aku terrrbaca 
membuatkan aku sgt cuak...bila tgk je kat screen...subhanallah..perasaan 
indah aku dan suami xpernah rasa..nampak baby bergerak2,cukul sifatnya...
siap dia duk gosok2 muka lagi...terima kasih ya Allah kerana aku berpeluang 
merasainya... sebak sgt masa tu,smpi kan benda2 
yg aku nk tanya nurse tu trus terlupa semua... kata nurse tu,baby kami 
saiznya besar advance seminggu..saiznya masa tu 6.3 cm... iaitu sepatutnya 
berumur 12 minggu...hehe.husband siap record lagi sesi scan tu.. terus hati
berbunga2,mood raya pon mari sudah...


setakat itu sahaja coretan aku untuk kali ni...nnt aku coretkan pengalaman hari 
raya aku plak ye..dada!








July 12, 2013

Kenapa bawanggg??

Kenapa bawang? kenapa tak benda lain? inilah salah satu tekanan yang aku rasakan ketika ni.. since aku pregnant 6 wks, aku mula perasan yang aku mmg tak boleh belah dgn bawang bebawang ni, apakan daya? bawang tu kan asas almost setiap masakan..cmno nak tumis tanpa bwg? aku cuba.. kalau setakat bwg sikit2 dlm sesetengah makanan tu aku masih boleh hadam, tapi camane dgn masakan lain? sambal? kari? owh sungguh aku tak tahan.. dh yang memasak pon aku, memang aku sesungguhnya bertahan dgn bau2 bawang.. bawang besar la terutamanya..sungguh kuat dugaan ni..semalam adalah ramadhan kedua, husband requestkan kari ayam untuk beliau makan dengan nasi tomato yang banyak terlebih aku masak pada hari berbuka yang pertama..aku tabahkan hati untuk tidak mengecewakan beliau, maka terjadilah kari ayam.. sedikit terpekat..bila bangun tido hari ni bau kari dari dapur ( yang terletaknya sebelah bilik tido kami, bangun tido suami bukakan pintu supaya masuk udara luar) seriously buat aku nk muntah sgt..dan..mmg muntah.. apa lagi, aku mula membebel pada suami, kenapa buka pintu, busuk tahu?! maafkan aku..huhu sesungguhnya aku tidak tahan...dan sebagai denda, aku minta beliau clearkan dapur dari bau dan kesan kari sebelum aku start memasak untuk iftar karang..

July 9, 2013

Salam ramadhan

Actually baru balik dari shopping stok dapur dgn husband..skang ni baru pukul 8.37 pm... belum magrib lagi pun baru jalan sikit aku balik rumah terbaring mcm baru lepas pergi panjat broga hill.lenguh sgt belakang..hurmm camno terawih malam ni? harapnye mampu la...kalau nak tahu sini subuh pukul 3am. magrib pukul 9.35pm.isyak pukul  11 pm ...lebih kurg dlm18 jam la berpuasa. memandangkan aku in first trimester..rasa takut juga nk puasa..boleh ke ni.. tp ramai memberi pesanan penaja..kalo x larat xpayah puasa..

Sesungguhnya aku bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana tahun ni berpuasa bertiga..Alhamdulilah atas nikmatmu ya Allah. walaupon jauh dirantau,xde suasana puasa,xde bazaar ramadhan, berbuka dgn family jauh sekali..syukur..masih diberi peluang hayat menempuh ramadhan..dgn lebih baik keadaannya..ape pun aku ucapkan selamat berpuasa kepada rakan2 di malaysia yg akan bersahur dan berpuasa dulu dr aku..marilah kita amik peluang kumpul pahala... kurangkan dosa,tingkatkan pahala..insyaaAllah..

July 2, 2013

New feeling..

Rupanya dah dekat sebulan aku xupdate blog ni..bukan xde masa, malahan masa aku banyakkkk sgt...tapi selepas kejadian pahit macbook air kesayangan dicuri...aku seolah2 xde mood nk berbelog lagi...skarang ni guna ipad je lah.. alhamdulilah feeling nk berbelog tu dh kembali..hehe..

Rasanya semua rakan2 terdekat dh sedia maklum, aku sekarang sedang pregnant 6 minggu.. syukur alhamdulilah.. memang aku sedih kehilangan macbook aku tu, rupanya Allah nak bagi hadiah yg lebih2 baik... mula2 nk cerita, sepatutnya aku period 11 may, tapi sampi 13hb belum juga period.. aku  x terpikir pon pregnant scpt ni.. lagi buat aku xkisah period aku ni sememangnya berterabur..tapi lepas masa bangun utk solat subuh 14 hb tu... instinct aku kuat sgt nk buat upt... jadi aku pon amik 1 dan try... utk pengetahuan tester tu agaknya dh masuk angin, so dia keluarkan 1 1/2 line...aku pon pelik... nasib baik kitorg ada beli yg baru sekotak masa shopping kat home bargain aritu, so try yg tu plak.. bila try yg secondntu.. jeng3 mmg 2 line... masa tu aku trus lari ke ruang tamu (husband tgh buat keje) trus aku tunjukkan double line tu... first time aku tgk muka husband aku blank utk beberapa second.. mcm freeze ...haha..smpi aku goyang2 kan bahu dia sambil ckp 'abg,abg... sedar tak ni...saya dh pregnant?' hehe mcm drama kan? ... pastu kitorg still mcm pcaya xpcaya...tapi esoknya trus start amik supplement for pregnancy. yela ... selagi tak confirm dgn doctor kan... kat sini ada beberapa procedure utk kitorg dptkan rawatan kat gov hosp...sgt2 leceh aku btau korg..huhu dlm hati dupdap2 tak sbr nk dpt confirmation...aku terpaksa tunggu lebih seminggu utk register,hantar sampel, dptkan result yg aku pregnant... memandangkan aku ni sejak azali dilahirkan jenis xpenyabor...aku mmg stress..kalo kat mesia aku dh start kete pegi klinik swasta..apakan daya kat sini klinik swasta xmampu.. mahal gilos uols...stkt nk g wat urine test je pon..huhu...mmg cap ayam..

Mulai minggu ke4 pregnant aku dh mula rasa something wrong with my body..slalu rasa perut xselesa.. mual2. pening2.. kekadang aku duk melepek je seharian xbuat apa pon...masak jauh skali...makan bukan main memilih...sayur xlalu..berminyak meloyakan..certain makanan berkuah aku geli tgk... bukan nk menghina makanan..tp aku sndiri pon xpaham... tapi yg paling tragis bagi aku yg merasai pengalaman mengandung di luar negara adalah...aku terpaksa tahan mengidam... selalu aku tgk kat fb ada kwn2 yg mengidam... dpt mkn yg diidamkan...yg xmengidam pon duk pos berbagai2 mknn..serius aku terliur..dan yg paling aku teringin nasi ayam penyet wong solo..dan nasi putih lauk ikan keli sambal dgn sayurlemak pucuk paku..serius, tgh taip ni air mata aku nk terkeluar..huhu.. setakat ni je la coretan buat kali ni... Salam dari cardiff!,

May 27, 2013

Happy weekend

Sabtu lepas macam biasa hari weekend cmni, pagi2 lepas brekfes aku dan husband pegi laundry utk keringkan baju2 yg dibasuh.. lepas tu kitorg g shopping barang2 runcit dekat City Road. Ni yang aku suka hari sabtu ni, ye la husband bz weekdays, so aku tak nak burdenkan beliau.. ajak keluar, so weekend je la   aku leh request mcm2. hehe

Ni la laundry yg kitorg wajib pegi every saturday morning

Sementara tunggu baju kering kitorg g beli brg2 basah kat kedai zamzam beli  stok ayam dan daging utk seminggu, alaa kedai yg aku crita sebelum ni, mmg dekat sgt dgn rumah.. so senang la nk beli2

Haa.. kat belakang den tu lah kedai zamzam

Selesai ber-zamzam dan keringkan baju, kitorg pon balik hantar seme2 benda tu dan keluar semula utk shopping kat City Road. Memandangkan kitorg ada misi utk project penting, kena la g situ utk dptkan stok2 yg ingin dicari. hehe..City Road tu jauh sikit, tapi jalan kaki je la. Nak naik taxi pon mcm xgamak, tade la jauh sgt pulak. Lagipon mahal la taxi. 

Sampai2 je City Road, terus lalu kedai runcit JingXing yang aku tak pernah masuk. So, aku pon masukla.. alangkah gembiranya aku dpt jumpa kicap kipas udang dan cili kering yg dicari2 (tu misi pertama). Seronok betul kedai ni, byk brg runcit Asia  Tenggara dia jual, yang dari Malaysia, Filipina, Indonesia. Tak pernah pulak aku excited camni masuk kedai runcit kat mesia.. hehe.. Siap ada megi mcm2 brand.. maka terliurlah aku, membayangkan semangkuk magi berkuah yg masih berasap di tengah2 kesejukan kota Cardiff ni.. makanya, aku mintak izin husband utk beli (sbb sbnrnya, since kawen beliau prohibit aku dari memakan megi), alangkah malangnya beliau masih say NO to magi.. baiklahhh, telan liur.

Cap cap cap, cap kipas udang!

Selain tu, demi mencapai misi utama iaitu projek keropok lekor (memandangkan kitorg berdua mmg die hard fan kopok lekor, di bumi mana pon mst nk makan tu) kitorg jugak berjaya menjumpai ikan selayang.. yess! dengan harga sekilo 3.50 pound ikan selayang berjaya dibeli di kedai ni. Memang kedai ni bakal menjadi fevret aku la pasni.

Hasil belian, ni tak habis lagi ni!

Setelah membeli-belah, perut mula terasa lapar.. mmg byk kedai halal..dan husband suggestkan kitorg lunch kat restaurant LILO. Merupakan restaurant arab, boleh tahan jugak la rege makanan dan dekorasi.. agak exclusive. Jom lihat foto2 nye

Dekorasi kedai..

Tengok, dekorasi mmg mcm mkn kat arab, tp tengok kiri negro, tgk kanan omputih.. mmg rasa di Cardiff.hehe

Keresahan menanti makanan.. mcm mana la rupa menu yg diorder..


Menu yg diorder husband, Lamb skewer with nan


Ni nan dia


  

This is mine.. shicken shawarma, shawarma tu kebab la

Muka yg lapar tapi dikontrol2..
Memang lah byk makanan, amount yang byk, ye la arab kan makan byk.. utk manusia2 bersaiz comel mcm kitorg mmg ler tak habis makan, takpe jgn risau.. boleh ditapau ye :)

Lebihan.. half kot! huhu tu pon dah kenyang tak ingat

 Selepas makan, acara shopping diteruskan di tesco pulak. Jgn xtau, kat sini tesco melambak.. tp setiap biji xde la besar mcm kat mesia.. lebih kurg mcm 7E... sana sini ada.. besar 2-3 kali ganda dari 7E la. Then, kitorg pun pulang la kerumah utk melaksanakan projek keropok lekor.. 

On the way balik rumah, ni kat area Richmond Road.. (abaikan tudung senget2 tu.. sini mls pakai iron)