August 20, 2013

maaf

maaf berjuta2 maaf ku pinta kepada semua readers..i upload pakai ipad,nntah kenapa
format jadi cenggitu..baru lepas mengamuk ni,perlukan masa untuk bertenang,dan akan
cari solusi secepat mungkin!!

Macam macam

Assalamualaikum dan hai,,,

Sesungguhnya lama sungguh aku xberblog...sebenarnya ada 2 reasons, pertama tunggu 
feeling mari,kedua, aku try nk berblog tapi bila part upload gambar mmg fail, sbb ipad ni lain 
macam skit..trus aku tutup...buat benda lain.

Last month aku mengikuti husband ke germany, specificnya..Berlin. Kerana beliau kena 
present di suatu conference di Humboldt University. Waktunya tepat, iaitu time summer,
berlin in summer sgt cantik, subhanallah, alhamdulillah aku berpeluang melawat salah 
satu tempat yg indah di bumi Allah ni..mintak maaf aku xdapat nak upload gambar di sini, 
kwn2 boleh aje view foto2 cantik itu (pakej skali dgn foto modelnya yg cantik skali..keh3) di 
insta aku.. sebenarnya ada byk lagi foto,tapi itu je la yg aku sempat upload.. :)

       http://instagram.com/azurahcma

Komen aku tentang Berlin? Yup sgt positif...sgt cantik, cuaca time summer exactly 
macam m'sia,dan sebab cuaca panas begitu, pada bulan puasa (kerana europe, 
waktu siangnya panjang mcm uk,sesapa yg berpuasa tu memanglah dugaan 
besar, kesian husband smpi lembik dia...ye la,kitorg selama ni berpuasa kat 
cardiff even summer sini,cuaca still 16-18 degress..if nak travel kemana2, 
even jauh..jgn risau sebab public transport mereka sgt efficient.sebut saja 
U-bahn,S-bahn, trams,taxi...semua mudah didapati..dengan selang waktu yg 
sgt singkat..so dont worry..cumanya..hotel apartment yg kitorg menetap tu jauh 
dari kedai2 makanan halal, sepanjang 5 hari kami di 

berlin,aku hanya makan nasi sekali..sememangnya part tu buat aku 
sengsara sgt,sudahla bulan puasa (aku xpuasa pon), tapi kerana aku 
berbadan 2 aku asek lapar dan hanya mampu menyumbat telur rebus dan 
roti setiap kali lapar. Hah,selain tu ada satu benda yg fail,airport diorg 
iaitu Tegel Airport, sesungguhnya dah ghupe lcct je aku nengok.xcaya? pegi 
la sendiri tengok hehe..tapi katanya,the new airport still belum siap,mungkin 
yg tu memang sgt canggih la kot..ye la, semua org tahu,german ni terkenal 
dgn teknologi2 nya..tgk public transport superb,skali international airport..


Sehari selepas pulang ke Cardiff (iaitu juga sehari sebelum hari raya), aku ada first 
scan di hospital university iaitu minggu ke sebelas aku pregnant..Allah sahaja 
yang tahu betapa cuaknya sebab aku xpenah pegi checkup pon sebelum ni,dah 
la risau sebab masa kat berlin haritu aku banyak berjalan,sampai kan aku rasa 
perut aku tegang dan sedikit sakit...aku taktau apa yg berlaku kat dalam perut ni,
hanya bertawakkal dan berdoa semoga semua selamat.. tiba hari yang dinanti, 
appointment pukul 10.30am, aku dan husband pon pergi ke hospital..waaahh 
hospital dia sgt best,xmacam kelinik kesihatan yg buat aku bengang haritu...service 
dia mmg first class..bila tgh tunggu,ingat kan nama kuar kat screen ke apa..tiba2 
ada nurse datang jemput masuk bilik scan lagi, sgt friendly..lepas tu jmpa 
midwife..siap usher pegi buat test blood bagai... mmg besh..hah,cerita pasal first 
scan..mcm2 aku pikir..ye la,sebab aku sorg2 kat sini aku gugel mcm2 artikel 
berkaitan dgn pregnancy,forum2..banyak benda negatif yang aku terrrbaca 
membuatkan aku sgt cuak...bila tgk je kat screen...subhanallah..perasaan 
indah aku dan suami xpernah rasa..nampak baby bergerak2,cukul sifatnya...
siap dia duk gosok2 muka lagi...terima kasih ya Allah kerana aku berpeluang 
merasainya... sebak sgt masa tu,smpi kan benda2 
yg aku nk tanya nurse tu trus terlupa semua... kata nurse tu,baby kami 
saiznya besar advance seminggu..saiznya masa tu 6.3 cm... iaitu sepatutnya 
berumur 12 minggu...hehe.husband siap record lagi sesi scan tu.. terus hati
berbunga2,mood raya pon mari sudah...


setakat itu sahaja coretan aku untuk kali ni...nnt aku coretkan pengalaman hari 
raya aku plak ye..dada!