Aku tahu,ada kawan2 yang dh bising2 sebab aku belum update belog utk resipi pizza yang dijanjikan..dari last week lagi.hurmm maaf ye, aku sibuk. WHAT?? ye sibuk,ingat housewife duk goyang kaki je ke...aku sibuk mereka perisa2 karipap yang bakal diniagakan..insyaAllah,kalau larat..hehe..xpe,yang penting aku kuasai dulu ilmu tu,cipta dulu seberapa byk perisa yang boleh.bukan karipap saja,byk juga menu yang au try setiap hari,xcaya? tgk kat instagram aku..bukan nak show off..really, i juz feel happy to share it..since aku pregnant ni mmg terlebih rajin memasak,sampai la satu hari husband aku cakap, 'dah yang, abg tak larat dah nak sumbat hari ni' hehe...ye la kalo aku masak, mst dia tukang habiskan..skrg pon dia berusaha berpuasa kdg2 utk turunkan berat yg makin menaik adala..ok la aku tanak bebel pepanjang, jom terusnke objektif utama..sebelum tu, nk btau resipi dough tu aku amik dari buku masakan,tapi aku modify2, setelah tgk video2,resepi2 yang lain utk menghasilkan the best pizza (yg aku jumpa setakat ni la)..pendek kata aku research dulu before buat,sebab instruction dlm buku resipi tu terlalu simple..ok2, jom tgk bahan-bahannye.
Bahan-bahan doh
15g dry yeast
1tsp sugar
100ml air suam
300g tepung gandum (agak2 je)
1tsp salt
1tbsp olive oil,plus extra for oiling
Bahan-bahan topping
350g canned chopped tomatoes (aku just guna fresh tomato 2 biji sederhana saiz, potong dadu)
2 ulas garlic
2tsp mixed herbs (yg ada basil, oregano dll)
1tsp olive oil
2tbsp tomato puree
Grated Parmesan cheese ( aku punya beli seketoi grate sendiri)
Salt,sugar and pepper
Minced beef/sausage (amount ikut la letak byk mana ikut kesukaan hati anda ye)
Button mushroom (dihiris nipis)
Method for dough
1.Campurkan yis,air suam,gula...kacau perlahan hingga sebati dan biarkan dlm 10 min.
2.Dalam bekas lain, campurkan tepung dan garam..gaul dan buat hole kat tengah ye kawan2.Then, kat tengah tu kita masukkan olive oil dan air yis tadi (taruk air tu sikit2 tau).
3.Dengan tangan yang bersih lagi suci murni,mulakan langkah menggaul sampai la jadi doh yang tak melekat, kalau kurg tepung tu tambah la sendiri ye..sebab tu tadi aku cakap agak2, sebab kat rumah iols tade mesin timbang uols..(bajet terer sgt dah tu :p)
4.Setelah berpuas hati, biarkan dough dalam bekas dan tutup supaya xterhidrat.Tunggu sampai dough tu kembang,kalau pakai yeast active fast mcm aku,kejap je dlm 20 min dah montok gitu..
Sementara tu jgn buang masa,jom buat topping plak. Next!
Method for topping
1.Mula-mula aku setelkan hal daging dulu..iaitu minced beef yg dicuci bersih2, aku taruk atas kuali panas (without oil),tujuan utk keringkan airnya..then bila dah kering letak sikit minyak,goreng2 dan tambah sedikit mixed herbs (jgn over, sbb nnt mixed herbs tu kita letak jugak dlm sos topping) dan garam.. then tutup api.Jangan sampai garing tau, sebab nnt daging tu nk heat plak dlm oven,karang xpasal2 hangus daging korang..biar just nice gitu. If yang nak pakai sausage,xpayah masak dulu,just hiris nipis2, tabur je karang atas sos tu.
2.Dalam kuali lain,panaskan olive oil,then Masukkan chopped tomatoes,mixed herbs,salt,sugar dan pepper dgn api yang sederhana.Bila chopped tomatoes tu dah xrupa tomato (transform jadi sos tomato), maksudnya dah masak la tu..proses masak lebih kurg 20 min. Make sure, tomato tu dh jadi mcm paste,i mean kandungan air mcm dah kering la..tutup lah api.
3.Masukkan tomato puree dlm kuali tadi,dan gaulkan rata2.
Step penyediaan pizza sebelum dibakar
1.Preheat oven at 200 degrees celsius.
2.Uli2 balik dough tadi ( jgn risau bila uli dia akan kecut balik,that's normal), tumbuk2 mcm korg geram kat sesapa tu, pastu leperkan atas tangan, dan tarik pelan2 (konsepnya nak kasi semua permukaan kena udara).
3.Then, oilkan bekas pizza korang. Dan masukkan dough,tepek2, tekan2, utk sekata dengan acuan korang.Anggaran ketebalan 5mm, jgn tebal sgt,sat lagi jadi roti plak..sebab nnt dia akan naik balik.
4.Ok ni part aku paling suka, spreadkan sos topping ke atas dough yang diratakan tadi dengan penuh kasih sayang..lepas tu,taburkan daging atau sausage dan mushroom..letak la banyak mana pon, tak da sapa nak marah,suka hati uols.Lastly,spreakan grated parmesan cheese.. yeay dah siap utk dibakar..
Chop! blom lagi oit..tunggu sebentar kasi dough tu naik sikit,agak dlm 10-15 min..kendian bakar la utk20-25 min..
5.Apalagi,makan la! hehe
huhu, pestaim post resipi,penat tol..macam tulih tesis..sepenun perasaan aku tulis ni,sampai husband aku tegoq,telekung semayang pon tak sempat tanggal,aku ckp xleh,nnt feeling hilang..aku dah terangkan segala step dengan sedetailnya,harap jelas ye,maafkan bahasa aku bercampur baur..sebab dlm kepala otak aku mmg bhs cmni,.Selamat mencuba..