May 24, 2013

Makan makan


21 May 2013, 8.25 am

Tulisan aku kali ni maybe membuatkan korg boring membacanya, sbb aku lebih kpd nk story pasal makanan..tapi, aku still teruja nk bercerita..

Alhamdulilah semalam kami berjaya melengkapkan percubaan seharian berpuasa lebih kurg 18 jam. Rasanya boleh tahan..menahan lapar dan dahaga..memang betullah..betullah! Disebabkan pertaman kali berpuasa, sebagai rewardnya,aku masakkan menu special..nasi lemak dgn ayam bbq tandoori (yg rempahnya aku beli kat kedai runcit india, Masala nama dia) .. Santan pakai santan serbuk je..rasanya exactly mcm nasi lemak original..caranya masak nasi mcm biasa, bila nasi dh kering taburkan serbuk santan 2 sudu besar ked lm nasi dan gaulkan.. tadaa.. nil ah rupanya menu special kami hari tu 



Ni lah menu special berbuka kami, alhamdulilah..walaupun ada beberapa kekurangan bhn2..aku berjaya juga menghasilkan nasi lemak complete set.. nmpak x ikan bilis secoet tu.. kitorg beli kat kedai runcit cina..rege boleh tahan..so terpaksa la catu2 ikan bilis..sambal plak, aku jumpa nasib baik aku jumpa serai kat kedai runcit organic,pun .. regenya boleh tahan utk 4 btg serai… xpe la. Janji ada rasa2 skit.. aku cuma mampu pakai serbuk cili, disebabkan xde cili kering..huhu.

 


Haa ni saja je iklan.. menu brekfes 2 hari lepas.. home made potato fries (wpon rupanya buruk tp husband ckp sedap..wekk)+cisbeger+stoberi milkshake+honey lemon juice… sedappp


Ni plak..menu brekfes kitorg 3 hari lepas..husband skrg rajin sgt capture gmbr mknn sebelum makan.. menunya, honey lemon juice+ cekodok ikan bilis + pisang + stoberi .. spt yg aku crita sblm ni.. stoberi murah kat sini..so siang mlm aku duk keje mkn..hehe



Ni plak menu lunch beberapa hari lepas.. tomyam dgn ayam blackpepper.. jangan xtau..aku seludup daun limau purut ke uk semata2 nk buat tomyam..hehe. tima kasih mak mertua yg sponsor daun limau purut yg byk dari rumah tanah merah, tima kasih mak yg tolong jemur dan keringkan daun tu :)
 


Haa.. ni plak menu lunch kami smlm, ayam paprik dgn bergedil ikan… memandangkan xde ikan lain, terpaksa la aku pakai white fish fillet yg aku beli kat Iceland tu (sejenis pasaraya yg menjual brgn sejuk beku..hehe).. nasib baikla rasanya ok. Sbb aku tgk ikan tu pale je, mcm tasteless

Hari ni husband malas ke opis, katanya nk buat keje kat rumah je.. aku rasa sejak aku sampai sini, beliau sedikit liat nk ke opis..tapi ok je sebab husband mmg betul buat keje kat rumah.lain la kalo dia liat nk g opis dan bermalasan kat rumah, memang nk kena hambat..mcm budak kecik..

Ok, sambung bercerita tentang Cardiff ni.. org kat sini xmcm kat mesia (opkos la hehe), bukan tu maksud aku.. contoh yg aku nk kemukakan kat sini, kedai2 kat sini tutup pukul 5 ptg..termasuk la kedai2 runcit..hurmm macam opis hour plak kan..kat sini diaorg pakai letrik dan gas..gas bukan shj utk memasak, ia juga utk heater .. I mean heater boleh guna 2 source, either gas or letrik.. gas dan letrik pakai system prepaid, topup… so bila letrik/gas dh abes, xtopup..bergelap dan bersejuk la rumah … so mmg kena alert la,xmungkin terlupa…topup boleh buat kat sesetengah kedai runcit, dan biasanya kedai2 runcit yg boleh topup letrik dan gas ni x tutup pukul 5, dia extend skit ke pukul 9 mlm..

Memandangkan aku masih dlm proses penyesuaian, aku masih xboleh tido balik lepas subuh.. subuh kat sini around 3.23am dan berakhir pada pukul 5.20am mcm tu, so kira pukul 5.15am tu, keadaan dah cerah mcm pukul 7am kat melesia.. makanya mmg aku xleh nk tdo balik dan mula rasa lapar sgt nk brekfes.jadinya dh beberapa pagi, aku buat bising duk blend jus pepagi buta..masak keletung keletang..setakat ni, nasib baikla..jiran2 xkomplen..hehe

Baiti Jannati..


20 May 2013, 10.00am

Hari ke-6 aku bertapak di Cardiff..Pukul 10.26am waktu tempatan, baru je selesai mandi selepas menghantar husband yg nk ke opis (hantar ke muka pintu je la) dan kemas2 dapur…hari ni kitorg berpuasa..risau jugak takut tak tahan ni, InsyaAllah berjaya. Jarak waktu subuh dan maghrib kat sini dgn Malaysia mmg jauh beza. Kalau di Malaysia, subuh 5.45am – maghrib 7.15pm cmtu,lebih kurg 14 jam.. kalau kat sini subuh 3.23 am – maghrib 9.10pm, total dekat 18 jam..huhu. Kita tgk je la kot2 ada org yg menjalar ke,merangkak pukul 5 jap gi..hehe

Ni view pada pukul 9 malam.. uhuh..aku masih xbley terima..siang  kat sini 18 jam nk compare dgn melesia yg hanya 12 jam.. kalo bulan puasa mmg keja tgk jam je la



Hari ni husband pegi opis, tinggal aku sensorg kat rumah..internet pon belum ada,so beliau dh siap2 tinggalkan stok2 movie utk aku layan..so suwittt..hehe. Memandangkan xde keje, dan aku malas nk kuar jalan2 sorg2 dikesejukan ni,aku decide duk je rumah smbil2 tulis dulu apa yg aku nk cite kat blog nnt. Hari ni aku nk cite pasal rumah yg kitorg tinggal ni. Rumah ni kecik je,tak besar mana,tapi alhamdulilah cukup la utk kami suami isteri berteduh.. ia ada 4 ruang, ruang tamu (juga ruang mkn), bilik tido,dapur, dan bilik air..nk tgk? Jom lihat

 
Ni adalah ruang tamu,selaku ruang makan kitorg..

 
Camkan sofa oren tu, so..kita masih di ruang tamu..heheh

 
Skali lagi,masih di ruang tamu (angle je lain)..haa nmpk tak heater yg warna hitam tu, kat situ la kitorg slalu lepak, dan makan sbb panas skit.
 
Ni pandangan luar tingkap dari ruang tamu..bila jenguk kat luar mcm ni, baru la terasa diri ni kat tempat asing..huhu

 
Ni ruang favret aku, iaitu dapur..memandangkan aku mmg suka masak..aku suka spend masa kat sini..ruang dapur ni memang sempit, tp disebabkan kami berdua slim shady, so muat la utk husband menyibuk bila aku duk men masak... hehhe..disebabkan teruja, aku dh cuba2 try masak pakai herbs2 omputih dlm masakan…hasilnya?? Memberangsangkan..hehe..next time aku share apa yg aku msk..

Hurm bercerita tentang jetlag, semalam, hari ke-5 baru lah kitorg berjaya fight utk tidak ketiduran mengikut waktu Malaysia..hehe..dh brape hari berazam, tp smlm menampakkan kejayaan..kitorg berjaya mengikut waktu sini..kalau tidak, pukul  6 ptg kitorg dh pengsan, kol 3 pg terkebil2..huhu.alhamdulilah..

Aku pon skrg dh mula mengecam jalan kat sini..jalan nk pegi psyc postgrad building (opis husband), jalan nk pegi kedai2 runcit,jalan nk pegi tesco… tp jalan nk pegi queen street aku belum hafal.. sbb baru skali pegi, dan agak jauh...


Gambar ni aku snap smlm odw ke kedai runcit arab, nama kedai tu zamzam..kitorg pegi beli stok lauk2 utk seminggu, ayam dan daging.


Kat area rumah sewa kitorg ni, mmg byk Asian dan student..so kira agak senang la nk mendapatkan brg2 dapur utk aku masak menu melayu ni..tp belum jumpa lagi kedai runcit Malaysia.. so, kitorg kena la pergi kedai runcit india (masala), kedai runcit cina (namanya yigou..yg 1 lg xingat), kedai runcit arab (zamzam)..ada tu boleh dpt kat tesco je..  utk mengumpul seme brg2 mentah..sana sikit,sini sikit.. alhamdulilah xde la susah sgt.. tp masih menjejaki kicap manes cap kipas udang.. hehe .. susah xde tu, aku nk msk ayam goring kicap kang..