April 30, 2013

Mereka tak tahu..

Ramai antara mereka..Mereka cakap bestnye..Bestnye jadi aku..dpt g oversea free2, xyah keje susah, goyang2 kaki je kat rumah.. Aku hanya tersenyum..Siapa cakap senang? hakikatnya...tak ada org hidup senang dan mudah atas dunia ni,semua org ada masalah,ada kesenangan sendiri, dari mcm2 aspek..kalo x senang dr financial, jiwa nya senang.dan aspek2 kehidupan yg lain..begitu la sebaliknya.

Mereka tak tahu betapa susahnya berjauhan dgn suami selama lebih 4 bulan.. 

Mereka tak tahu,betapa aku tension mencari jalan kat KL yang aku xcekap,xtahu jalan, ke hulu kehilir utk dapatkan dokumen2 utk persediaan permohonan visa, hingga tersesat2 beberapa jam.. berhadapan dgn pelbagai jenis kerenah org..ada sampai masa,sampai aku hampir giveup utk dptkan visa ,disebabkan xdpt menahan marah dgn servis2 yg entah apa2 tu

Mereka tak tahu betapa lonely nya aku bila semua org pegi keje,pegi sekolah..dlm rumah ni tinggal aku sorg..bosannya tuhan yang tahu..otak aku mcm dah mula berkarat dah..

Mereka tak tahu, aku pernah terfikir betapa teringin aku utk hidup normal spt mereka, pergi bekerja waktu pagi,balik waktu ptg, jumpa suami, masak utk family, bila malam tengok tv sambil berbual2, bila weekend, keluar bersama berjalan2, makan2.. mereka xtahu betapa teringinnya aku..  especially, bila aku mkn dan berjalan sorang2 diluar.. hanya mampu memandang.. meja sebelah,meja depan,kiri kanan, semua org menikmati makanan bersama pasangan.. pastilah, makanan tu bertambah sedap, sebolehnya aku berharap dgn sekelip mata suami ada di hadapan aku masa tu..astagfirullah..semoga aku tak terus berfikir mcm ni, seperti tak bersyukur namanya..Selalu, rasa cemburu menguasai diri..semoga hati aku terpelihara dari hati yg kotor dan busuk, sesungguhnya,bila hilang sesuatu nikmat itu, barulah kita menghargainya.

Mereka tak tahu,aku sentiasa berdoa dipanjangkan umur semoga ada kesempatan bertemu semula dgn suami.

Aku disini bukan la mahu bersungut,niat aku cuma ingin memberitahu,tapi tak terluah dgn kata2.. jgn fikir hidup seseorg tu mudah, tiada sesiapa pon dalam hidup ni tanpa dugaan hidup.Mungkin ni dugaan utk aku, mungkin utk mereka lain. Apa yang aku nak tekankan disini, kita mestilah bersyukur dgn segala nikmat yg Allah swt beri, kesihatan,keluarga,sahabat2 yg baik, kehidupan yang tenang dan gembira..Setiap kesusahan/dugaan yang diberi olehNya, pasti ada hikmahnya. Hikmah kesusahan aku adalah, dpt hidup bersama semula dgn suami spt org lain selepas ini. InsyaaAllah. Doakan yg terbaik untukku..






No comments:

Post a Comment