20 May 2013, 10.00am
Hari ke-6 aku bertapak di Cardiff..Pukul 10.26am waktu
tempatan, baru je selesai mandi selepas menghantar husband yg nk ke opis
(hantar ke muka pintu je la) dan kemas2 dapur…hari ni kitorg berpuasa..risau
jugak takut tak tahan ni, InsyaAllah berjaya. Jarak waktu subuh dan maghrib kat
sini dgn Malaysia mmg jauh beza. Kalau di Malaysia, subuh 5.45am – maghrib
7.15pm cmtu,lebih kurg 14 jam.. kalau kat sini subuh 3.23 am – maghrib 9.10pm,
total dekat 18 jam..huhu. Kita tgk je la kot2 ada org yg menjalar ke,merangkak
pukul 5 jap gi..hehe
Ni view pada pukul 9 malam.. uhuh..aku masih xbley
terima..siang kat sini 18 jam nk compare
dgn melesia yg hanya 12 jam.. kalo bulan puasa mmg keja tgk jam je la
Hari ni husband pegi opis, tinggal aku sensorg kat
rumah..internet pon belum ada,so beliau dh siap2 tinggalkan stok2 movie utk aku
layan..so suwittt..hehe. Memandangkan xde keje, dan aku malas nk kuar jalan2
sorg2 dikesejukan ni,aku decide duk je rumah smbil2 tulis dulu apa yg aku nk
cite kat blog nnt. Hari ni aku nk cite pasal rumah yg kitorg tinggal ni. Rumah
ni kecik je,tak besar mana,tapi alhamdulilah cukup la utk kami suami isteri
berteduh.. ia ada 4 ruang, ruang tamu (juga ruang mkn), bilik tido,dapur, dan
bilik air..nk tgk? Jom lihat
Ni adalah ruang tamu,selaku ruang makan kitorg..
Camkan sofa oren tu, so..kita masih di ruang tamu..heheh
Skali lagi,masih di ruang tamu (angle je lain)..haa nmpk tak
heater yg warna hitam tu, kat situ la kitorg slalu lepak, dan makan sbb panas skit.
Ni pandangan luar tingkap dari ruang tamu..bila jenguk kat
luar mcm ni, baru la terasa diri ni kat tempat asing..huhu
Ni ruang favret aku, iaitu
dapur..memandangkan aku mmg suka masak..aku suka spend masa kat sini..ruang
dapur ni memang sempit, tp disebabkan kami berdua slim shady, so muat la utk
husband menyibuk bila aku duk men masak... hehhe..disebabkan teruja, aku dh
cuba2 try masak pakai herbs2 omputih dlm masakan…hasilnya??
Memberangsangkan..hehe..next time aku share apa yg aku msk..
Hurm bercerita tentang jetlag,
semalam, hari ke-5 baru lah kitorg berjaya fight utk tidak ketiduran mengikut
waktu Malaysia..hehe..dh brape hari berazam, tp smlm menampakkan
kejayaan..kitorg berjaya mengikut waktu sini..kalau tidak, pukul 6 ptg kitorg dh pengsan, kol 3 pg
terkebil2..huhu.alhamdulilah..
Aku pon skrg dh mula mengecam jalan
kat sini..jalan nk pegi psyc postgrad building (opis husband), jalan nk pegi
kedai2 runcit,jalan nk pegi tesco… tp jalan nk pegi queen street aku belum
hafal.. sbb baru skali pegi, dan agak jauh...
Gambar ni aku snap smlm odw ke kedai runcit arab, nama kedai tu zamzam..kitorg
pegi beli stok lauk2 utk seminggu, ayam dan daging.
Kat area rumah sewa kitorg ni, mmg byk
Asian dan student..so kira agak senang la nk mendapatkan brg2 dapur utk aku
masak menu melayu ni..tp belum jumpa lagi kedai runcit Malaysia.. so, kitorg
kena la pergi kedai runcit india (masala), kedai runcit cina (namanya yigou..yg
1 lg xingat), kedai runcit arab (zamzam)..ada tu boleh dpt kat tesco je.. utk mengumpul seme brg2 mentah..sana
sikit,sini sikit.. alhamdulilah xde la susah sgt.. tp masih menjejaki kicap
manes cap kipas udang.. hehe .. susah xde tu, aku nk msk ayam goring kicap
kang..
No comments:
Post a Comment