May 24, 2013

Makan makan


21 May 2013, 8.25 am

Tulisan aku kali ni maybe membuatkan korg boring membacanya, sbb aku lebih kpd nk story pasal makanan..tapi, aku still teruja nk bercerita..

Alhamdulilah semalam kami berjaya melengkapkan percubaan seharian berpuasa lebih kurg 18 jam. Rasanya boleh tahan..menahan lapar dan dahaga..memang betullah..betullah! Disebabkan pertaman kali berpuasa, sebagai rewardnya,aku masakkan menu special..nasi lemak dgn ayam bbq tandoori (yg rempahnya aku beli kat kedai runcit india, Masala nama dia) .. Santan pakai santan serbuk je..rasanya exactly mcm nasi lemak original..caranya masak nasi mcm biasa, bila nasi dh kering taburkan serbuk santan 2 sudu besar ked lm nasi dan gaulkan.. tadaa.. nil ah rupanya menu special kami hari tu 



Ni lah menu special berbuka kami, alhamdulilah..walaupun ada beberapa kekurangan bhn2..aku berjaya juga menghasilkan nasi lemak complete set.. nmpak x ikan bilis secoet tu.. kitorg beli kat kedai runcit cina..rege boleh tahan..so terpaksa la catu2 ikan bilis..sambal plak, aku jumpa nasib baik aku jumpa serai kat kedai runcit organic,pun .. regenya boleh tahan utk 4 btg serai… xpe la. Janji ada rasa2 skit.. aku cuma mampu pakai serbuk cili, disebabkan xde cili kering..huhu.

 


Haa ni saja je iklan.. menu brekfes 2 hari lepas.. home made potato fries (wpon rupanya buruk tp husband ckp sedap..wekk)+cisbeger+stoberi milkshake+honey lemon juice… sedappp


Ni plak..menu brekfes kitorg 3 hari lepas..husband skrg rajin sgt capture gmbr mknn sebelum makan.. menunya, honey lemon juice+ cekodok ikan bilis + pisang + stoberi .. spt yg aku crita sblm ni.. stoberi murah kat sini..so siang mlm aku duk keje mkn..hehe



Ni plak menu lunch beberapa hari lepas.. tomyam dgn ayam blackpepper.. jangan xtau..aku seludup daun limau purut ke uk semata2 nk buat tomyam..hehe. tima kasih mak mertua yg sponsor daun limau purut yg byk dari rumah tanah merah, tima kasih mak yg tolong jemur dan keringkan daun tu :)
 


Haa.. ni plak menu lunch kami smlm, ayam paprik dgn bergedil ikan… memandangkan xde ikan lain, terpaksa la aku pakai white fish fillet yg aku beli kat Iceland tu (sejenis pasaraya yg menjual brgn sejuk beku..hehe).. nasib baikla rasanya ok. Sbb aku tgk ikan tu pale je, mcm tasteless

Hari ni husband malas ke opis, katanya nk buat keje kat rumah je.. aku rasa sejak aku sampai sini, beliau sedikit liat nk ke opis..tapi ok je sebab husband mmg betul buat keje kat rumah.lain la kalo dia liat nk g opis dan bermalasan kat rumah, memang nk kena hambat..mcm budak kecik..

Ok, sambung bercerita tentang Cardiff ni.. org kat sini xmcm kat mesia (opkos la hehe), bukan tu maksud aku.. contoh yg aku nk kemukakan kat sini, kedai2 kat sini tutup pukul 5 ptg..termasuk la kedai2 runcit..hurmm macam opis hour plak kan..kat sini diaorg pakai letrik dan gas..gas bukan shj utk memasak, ia juga utk heater .. I mean heater boleh guna 2 source, either gas or letrik.. gas dan letrik pakai system prepaid, topup… so bila letrik/gas dh abes, xtopup..bergelap dan bersejuk la rumah … so mmg kena alert la,xmungkin terlupa…topup boleh buat kat sesetengah kedai runcit, dan biasanya kedai2 runcit yg boleh topup letrik dan gas ni x tutup pukul 5, dia extend skit ke pukul 9 mlm..

Memandangkan aku masih dlm proses penyesuaian, aku masih xboleh tido balik lepas subuh.. subuh kat sini around 3.23am dan berakhir pada pukul 5.20am mcm tu, so kira pukul 5.15am tu, keadaan dah cerah mcm pukul 7am kat melesia.. makanya mmg aku xleh nk tdo balik dan mula rasa lapar sgt nk brekfes.jadinya dh beberapa pagi, aku buat bising duk blend jus pepagi buta..masak keletung keletang..setakat ni, nasib baikla..jiran2 xkomplen..hehe

No comments:

Post a Comment