Sabtu lepas macam biasa hari weekend cmni, pagi2 lepas brekfes aku dan husband pegi laundry utk keringkan baju2 yg dibasuh.. lepas tu kitorg g shopping barang2 runcit dekat City Road. Ni yang aku suka hari sabtu ni, ye la husband bz weekdays, so aku tak nak burdenkan beliau.. ajak keluar, so weekend je la aku leh request mcm2. hehe
Ni la laundry yg kitorg wajib pegi every saturday morning
Sementara tunggu baju kering kitorg g beli brg2 basah kat kedai zamzam beli stok ayam dan daging utk seminggu, alaa kedai yg aku crita sebelum ni, mmg dekat sgt dgn rumah.. so senang la nk beli2
Haa.. kat belakang den tu lah kedai zamzam
Selesai ber-zamzam dan keringkan baju, kitorg pon balik hantar seme2 benda tu dan keluar semula utk shopping kat City Road. Memandangkan kitorg ada misi utk project penting, kena la g situ utk dptkan stok2 yg ingin dicari. hehe..City Road tu jauh sikit, tapi jalan kaki je la. Nak naik taxi pon mcm xgamak, tade la jauh sgt pulak. Lagipon mahal la taxi.
Sampai2 je City Road, terus lalu kedai runcit JingXing yang aku tak pernah masuk. So, aku pon masukla.. alangkah gembiranya aku dpt jumpa kicap kipas udang dan cili kering yg dicari2 (tu misi pertama). Seronok betul kedai ni, byk brg runcit Asia Tenggara dia jual, yang dari Malaysia, Filipina, Indonesia. Tak pernah pulak aku excited camni masuk kedai runcit kat mesia.. hehe.. Siap ada megi mcm2 brand.. maka terliurlah aku, membayangkan semangkuk magi berkuah yg masih berasap di tengah2 kesejukan kota Cardiff ni.. makanya, aku mintak izin husband utk beli (sbb sbnrnya, since kawen beliau prohibit aku dari memakan megi), alangkah malangnya beliau masih say NO to magi.. baiklahhh, telan liur.
Cap cap cap, cap kipas udang!
Selain tu, demi mencapai misi utama iaitu projek keropok lekor (memandangkan kitorg berdua mmg die hard fan kopok lekor, di bumi mana pon mst nk makan tu) kitorg jugak berjaya menjumpai ikan selayang.. yess! dengan harga sekilo 3.50 pound ikan selayang berjaya dibeli di kedai ni. Memang kedai ni bakal menjadi fevret aku la pasni.
Hasil belian, ni tak habis lagi ni!
Setelah membeli-belah, perut mula terasa lapar.. mmg byk kedai halal..dan husband suggestkan kitorg lunch kat restaurant LILO. Merupakan restaurant arab, boleh tahan jugak la rege makanan dan dekorasi.. agak exclusive. Jom lihat foto2 nye
Dekorasi kedai..
Tengok, dekorasi mmg mcm mkn kat arab, tp tengok kiri negro, tgk kanan omputih.. mmg rasa di Cardiff.hehe
Keresahan menanti makanan.. mcm mana la rupa menu yg diorder..
Menu yg diorder husband, Lamb skewer with nan
Ni nan dia
Muka yg lapar tapi dikontrol2..
Memang lah byk makanan, amount yang byk, ye la arab kan makan byk.. utk manusia2 bersaiz comel mcm kitorg mmg ler tak habis makan, takpe jgn risau.. boleh ditapau ye :)
Lebihan.. half kot! huhu tu pon dah kenyang tak ingat
Selepas makan, acara shopping diteruskan di tesco pulak. Jgn xtau, kat sini tesco melambak.. tp setiap biji xde la besar mcm kat mesia.. lebih kurg mcm 7E... sana sini ada.. besar 2-3 kali ganda dari 7E la. Then, kitorg pun pulang la kerumah utk melaksanakan projek keropok lekor..
On the way balik rumah, ni kat area Richmond Road.. (abaikan tudung senget2 tu.. sini mls pakai iron)
best best....seronoknye tengok zura kat sana..rajin masak ye...hehe...take care zura :)
ReplyDelete